Thursday, July 3, 2008
Bayar Gaji 2x Sebulan
Siapa?
Pemimpin BN yang bodoh.
Cuba fikir, kalau gaji bersih sebulan RM1000.00. Maknanya kalau bahagi 2 RM500.00 lah. Nak bayar kereta dan rumah pun sebulan sekali, bukannya boleh bayar 2 minggu sekali. Kebiasaaan rakyat Malaysia kalau kita kaji, lebih baik gaji 1 bulan sekali kerana pada pendapat saya orang-orang melayu ni selagi duit tidak kering selagi itu boros. Baik 1 bulan daripada 2 minggu.
Apabila NGO buat bantahan barulah puak2 BN ni ubah balik gaji kepada 1 bulan. Kan bodoh tu. Sebelum ini tak fikir ke. Kajian dan penelitian amat penting sekiranya sesuatu keputusan hendak dibuat. Ini main hentam boleh aje.
Isu Terkini Liwat Dan Bunuh
Kezaliman yang melampau dalam politik Malaysia oleh pemimpin BN yang tak berotak. Si Saiful ini pun satu, dah lar sewa apartment bernilai 2 juta, mana datangnya duit sewa tu? Bukan main kaya raya lagi sekarang nie. BN ni lama-lama is very suck in politic.
Dah lar menolak Islam terang2 dan tubuh pulak Islam Hadari. Entah hadis mana tah dapat tubuh Islam Hadari ni oleh Pak Lah. Kenapa tidak mengikut sunnah nabi dan Al Quran? Memang tidak salah lagi drp Hadis Rasulullah ada mengatakan "Akhir zaman nanti akan musnah sunnahku".
Justeru itu pandai pulak bini TPM menafikan kes pembunuhan Al Tantuya. Tapi kenapa tuduhan begitu dibuat tapi beliau sendiri tidak menyaman malu atas tuduhan tersebut? Nampak sangat lar nak larikan diri kononnya tidak bersalah.
Isu minyak tak settle lagi timbul pulak isu liwat, bunuh dan macam2 lagi. Harga barang dah lar semakin naik, minyak sawit naik, beras dah naik, tepung dah naik, apa lagi yang tak naik sejak merdeka 50 tahun ni.
Bodohnya penyokong BN ni. Padan muka hang, Pangkah lagi padahal option dah ada. Memang tidak salah lagi semua pengundi BN dan puak2nya munafik kerana menolak hukum Allah terang2. Nak kata apa lagi.
Bawak2lah bertaubat dan kembali kejalan Allah. Jalankan hukum Allah dimuka bumi ini. Selagi kita mengamalkan pemerintahan penjajah selagi itu diri kita berdosa dan tidak diampunkan dosanya selama ianya mengamalkannya.
Thursday, June 12, 2008
TV Sekarang Tidak Berfaedah
Bagi Astro pula, pada waktu pagi channel Movie dan HBO, adegan yang tidak sepatutnya ditayangkan langsung tidak dipotong dan ditayangkan begitu sahaja. Saya amat kesal dengan pihak berkuasa kerana tidak menjalankan amanah memantau stesen-stesen tersebut. Sekadar makan gaji buta sahaja.
Benda-benda beginilah kesukaan Yahudi untuk merosakkan umat Islam secara halus seperti dari segi pemakaian, pergaulan bebas, hebatnya bercinta dan sebagainya. Maka remaja sekarang akan mudah terpengaruh dan menjadi ikutan seperti trend colour rambut, rambut tegak kedepan, pemakaian gelang tangan dan sebagainya.
Ini juga menunjukkan kelemahan jabatan bertanggungjawab untuk mengkaji dan meminta nasihat daripada orang yg arif tentang hal halal haram disisi Islam untuk setiap tayangan. Seolah-olah setiap hari kita melakukan zina kerana melihatnya iaitu zina mata.
Kegagalan kerajaan adalah tanggungjawab pemimpin dan segala kerosakan akan ditanggungnya dipadang mashyar kelak dan akan disoal oleh Allah taala akan hal berkenaan.
Bantahan Kenaikan Minyak - Seremban
SEREMBAN, 12 Jun (Hrkh) - Himpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang akan diadakan di Terminal One, Seremban Sabtu (14 Jun) ini didakwa membuatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohammad Hassan 'pening'.
Sumber dalaman berkata, Mohammad dikatakan sedang mengumpul maklumat berhubung himpunan aman itu selain didakwa akan berusaha memastikan rakyat Negeri Sembilan tidak menyertai himpunan anjuran Badan Membantah kenaikan Harga Miyak (Protes) itu Sabtu ini.
Sumber juga memaklumkan, Sabtu ini kemungkinan besar pasukan simpanan persekutuan (FRU) akan digunakan bagi menggagalkan himpunan aman tersebut yang antara lain di anjurkan PAS, Parti Keadilan rakyat (KeADILan) dan DAP Negeri Sembilan selain Protes Pusat dan NGO lain.
Mohamad Hassan dikatakan bimbang jika rakyat turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan ke atas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak hingga menyebabkan rakyat tertekan.
Mohammad Hassan sebelum ini dikatakan antara orang kanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selain salah seorang Majlis Tertinggi Umno yang menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan Disember ini.
"Beliau (MB) bimbang jika reputasinya tercalar jika rakyat negeri ini bangkit menentang kerajaan pimpinan PM yang juga 'rakan karibnya itu',"
Sumber Harakah Daily
Flashback Malaysia Kini 2008 ....
Malaysia kini bertarikh 12hb June 2008.
Antara perkara yang berlaku ialah :
- Isu Jambatan Johor-Singapore
- Isu Hindraf
- Isu Bangunan Bocor....
- Isu Pembaziran koridor sana sini...
- Isu Video Menteri Kesihatan...
- Pilihanraya.....yang penuh dengan penipuan oleh BN dan SPR sendiri
- Janji BN tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sebelum..tetapi selepas itu...
- Isu pasal kehakiman Dato VK Lingam
- Isu DEB
- Isu Babi di Selangor kononnya kerajaan PKR yang meluluskan untuk menternak babi di Selangor...walhal..
- Kenaikan beras yang kononnya beras sudah habis dan tiada...
- Kenaikan tepung.....
- Kenaikan harga barang berkaitan dengan tepung dan beras.....
- Isu pulau batu putih...Hakim Negara sambil lewa.....
- Kenaikan harga minyak RM2.70...bermula era kenaikan harga barang dan semua yang berkaitan
- Kenaikan tarif elektrik
Kesimpulan :
Kononnya memberi diskaun dalam bentuk lain seperti pembaharuan roadtax kereta dan motor akan mendapat RM625.00 dan RM150.00. Saudara cuba bahagikan 625 dengan 365 hari...berapa sen sangat. Kalau minyak pulak berapa liter sehari? Itu tidak termasuk harga barang lain yang naik. Kalau setakat nak cerita pasal pembekuan dan pemotongan elaun 10% kerajaan punya...itu pun elaun lawatan. Saudara tahu apa itu elaun lawatan? Contohnya YB nak datang ke kg saudara, maka diberi peruntukan RM10,000 ke RM15,000 untuk membuat sambutan dan meraikan kedatangan beliau. Itu aje. Bukannya gaji dia yang dipotong. Kos 10% itu sahaja dah cecah RM2billion.
Setakat pembekuan pengambilan pekerja pula, ini akan menyusahkan orang yang menganggur. Bayangkan Malaysia sekarang ini, berapa ratus ribu graduate Universiti yang menganggur sekarang? Kan itu cakap tidak fikir tentang kesusahan rakyat.
Tambahan pula melarang sykt bas dan teksi naik harga. Siapa berniaga nak rugi? Fikirlah kalau saudara jadi pemandu teksi dan owner sykt bas. Nak kekal harga lama? Sedangkan minyak naik. Subsidi bagi tapi limit. Tidak buat kajian terperinci terlebih dahulu.
Berikutan semua naik, tarif letrik pula nak dinaikkan. Maka bertambah susahlah rakyat Malaysia sekarang ini. Seolah-olah setiap rakyat Malaysia menanggung semua kos projek-projek Koridor oleh BN yg melibatkan ratusan bilion ringgit sekarang.
Aduhai Malaysia ku....makin lama makin tersepit.
Makin canggih makin merana.
Makin kaya makin berdosa.
Monday, June 9, 2008
Kos Sara Hidup Terkini After and Before..

Bayangkan anggaran kasar kos sara hidup sekiranya bujang, kalau yang dah berkahwin dan ada anak bini 2, 3 orang, yang bersekolah lagi, susu anak, buku sekolah, pengangkutan.
Inflasi semestinya akan bertambah.......
Harga barang pasti akan naik....
Kehidupan rakyat akan bertambah miskin walaupun negara maju...
Sekarang duk mikir nak bagi lain-lain lagi kononnya nak jaga hati dan kebajikan rakyat....kita tunggu dan lihat apa yang dia nak umumkan selang 2 minggu lagi.