Thursday, June 12, 2008

Bantahan Kenaikan Minyak - Seremban

SEREMBAN, 12 Jun (Hrkh) - Himpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang akan diadakan di Terminal One, Seremban Sabtu (14 Jun) ini didakwa membuatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohammad Hassan 'pening'.

Sumber dalaman berkata, Mohammad dikatakan sedang mengumpul maklumat berhubung himpunan aman itu selain didakwa akan berusaha memastikan rakyat Negeri Sembilan tidak menyertai himpunan anjuran Badan Membantah kenaikan Harga Miyak (Protes) itu Sabtu ini.

Sumber juga memaklumkan, Sabtu ini kemungkinan besar pasukan simpanan persekutuan (FRU) akan digunakan bagi menggagalkan himpunan aman tersebut yang antara lain di anjurkan PAS, Parti Keadilan rakyat (KeADILan) dan DAP Negeri Sembilan selain Protes Pusat dan NGO lain.

Mohamad Hassan dikatakan bimbang jika rakyat turun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan ke atas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak hingga menyebabkan rakyat tertekan.

Mohammad Hassan sebelum ini dikatakan antara orang kanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selain salah seorang Majlis Tertinggi Umno yang menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan Disember ini.

"Beliau (MB) bimbang jika reputasinya tercalar jika rakyat negeri ini bangkit menentang kerajaan pimpinan PM yang juga 'rakan karibnya itu',"

Sumber Harakah Daily

No comments: