Selepas itu kenaikan minyak sebanyak RM2.70 dari RM1.92 telah menyebabkan pelbagai isu dan bebanan rakyat. Disamping itu juga pihak kerajaan mengharamkan sebarang media cetak dan elektronik supaya tidak menimbulkan isu minyak demi meredakan keadaan yg genting sekarang ini kerana risau menimbulkan kekecohan. Dahlah masa naik tidak diumumkan dahulu dalam dewan Parlimen.
Mengapa media sampai sekarang tidak bebas menyiarkan berita yang sebenar? Memang dari dulu lagi media seperti TV dan surat khabar bersekongkol dengan UMNO demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan hal-hal rakyat Malaysia.
Masa pilihanraya yang lalu pun ada jugak orang2 UMNO yg bodoh dan masih tak sedar diri akan kebodohan meraka walaupun tahu pemimpin mereka mentedarah duit rakyat. Kan dah kena dah sekarang. Buat apa nak marah-marah pasal minyak naik. Undi lagi! Tepuk lah tangan rasa sendiri pilihan yang dibuat.
Justeru daripada kenaikan minyak, syarikat pengangkutan menaikkan harga mereka kerana minyak dan diesel. Saya memang tidak salahkan mereka kerana memang logik mereka menaikkan harga. Kalau tidak pasti akan rugi perniagaan mereka. Kenapalah pemimpin UMNO ni bodoh sangat matematik. Kalau minyak naik, mestilah semua barang berkaitan naik. Boleh dikatakan hampir 100% barangan di Malaysia berkaitan dengan minyak. Mana ada syarikat berniaga nak rugi kalau nak berniaga.
Betapa angkuhnya UMNO ni apabila berkuasa, lupa diri. TETAPI ingat Allah akan tarik balik sekejap kalau atas kehendaknya. Buat para penyokong UMNO, kalau tak sedar jugak...selama-lamnya kita macam ni lah dijajah selamanya dan jadilah hamba abdi dia orang. Bagi pihak yang terasa hati harap maaf tetapi ini juga satu tazkirah dan rasa tidak puashati rakyat malaysia.
Cara macam ini dapat lahkan, nak buat ceramah nak dapat permit, tetapi diharamkan kata macam tu lah macam ni lah, polis ni pun satu, tak ada pendirian. Ikut jer kata puak2 BN ni. Ingat anda pegang amanah rakyat. Kalau tak kena didunia diakhirat nanti akan diperhitungkan. Nak buat perhimpunan aman, dia kata perhimpunan haram. Sedangkan seluruh dunia buat perhimpunan aman, kerajaan tak kacau pun. Ini buat sikit kena ISA.
Lihat Malaysia sekarang, yg miskin bertambah miskin dan kaya bertambah kaya...........
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment