Thursday, June 12, 2008

TV Sekarang Tidak Berfaedah

Harap kerajaan Malaysia dapat pantau stesen TV di Malaysia sekarang setelah diberi kelonggaran, banyak cerita mengarut sahaja yang ditayangkan setiap hari. Langsung tidak berfaedah kepada masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Terutama TV3, filem arahan Aziz M Osman. Tidak ada pengajaran langsung. Hanya pentingkan keuntungan sahaja. Tiada kaitan tentang keagamaan langsung.

Bagi Astro pula, pada waktu pagi channel Movie dan HBO, adegan yang tidak sepatutnya ditayangkan langsung tidak dipotong dan ditayangkan begitu sahaja. Saya amat kesal dengan pihak berkuasa kerana tidak menjalankan amanah memantau stesen-stesen tersebut. Sekadar makan gaji buta sahaja.

Benda-benda beginilah kesukaan Yahudi untuk merosakkan umat Islam secara halus seperti dari segi pemakaian, pergaulan bebas, hebatnya bercinta dan sebagainya. Maka remaja sekarang akan mudah terpengaruh dan menjadi ikutan seperti trend colour rambut, rambut tegak kedepan, pemakaian gelang tangan dan sebagainya.

Ini juga menunjukkan kelemahan jabatan bertanggungjawab untuk mengkaji dan meminta nasihat daripada orang yg arif tentang hal halal haram disisi Islam untuk setiap tayangan. Seolah-olah setiap hari kita melakukan zina kerana melihatnya iaitu zina mata.

Kegagalan kerajaan adalah tanggungjawab pemimpin dan segala kerosakan akan ditanggungnya dipadang mashyar kelak dan akan disoal oleh Allah taala akan hal berkenaan.

No comments: