Thursday, June 12, 2008

Flashback Malaysia Kini 2008 ....

FLASHBACK MALAYSIA KU....

Malaysia kini bertarikh 12hb June 2008.
Antara perkara yang berlaku ialah :

  • Isu Jambatan Johor-Singapore
  • Isu Hindraf
  • Isu Bangunan Bocor....
  • Isu Pembaziran koridor sana sini...
  • Isu Video Menteri Kesihatan...
  • Pilihanraya.....yang penuh dengan penipuan oleh BN dan SPR sendiri
  • Janji BN tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sebelum..tetapi selepas itu...
  • Isu pasal kehakiman Dato VK Lingam
  • Isu DEB
  • Isu Babi di Selangor kononnya kerajaan PKR yang meluluskan untuk menternak babi di Selangor...walhal..
  • Kenaikan beras yang kononnya beras sudah habis dan tiada...
  • Kenaikan tepung.....
  • Kenaikan harga barang berkaitan dengan tepung dan beras.....
  • Isu pulau batu putih...Hakim Negara sambil lewa.....
  • Kenaikan harga minyak RM2.70...bermula era kenaikan harga barang dan semua yang berkaitan
  • Kenaikan tarif elektrik

Kesimpulan :

Kononnya memberi diskaun dalam bentuk lain seperti pembaharuan roadtax kereta dan motor akan mendapat RM625.00 dan RM150.00. Saudara cuba bahagikan 625 dengan 365 hari...berapa sen sangat. Kalau minyak pulak berapa liter sehari? Itu tidak termasuk harga barang lain yang naik. Kalau setakat nak cerita pasal pembekuan dan pemotongan elaun 10% kerajaan punya...itu pun elaun lawatan. Saudara tahu apa itu elaun lawatan? Contohnya YB nak datang ke kg saudara, maka diberi peruntukan RM10,000 ke RM15,000 untuk membuat sambutan dan meraikan kedatangan beliau. Itu aje. Bukannya gaji dia yang dipotong. Kos 10% itu sahaja dah cecah RM2billion.

Setakat pembekuan pengambilan pekerja pula, ini akan menyusahkan orang yang menganggur. Bayangkan Malaysia sekarang ini, berapa ratus ribu graduate Universiti yang menganggur sekarang? Kan itu cakap tidak fikir tentang kesusahan rakyat.

Tambahan pula melarang sykt bas dan teksi naik harga. Siapa berniaga nak rugi? Fikirlah kalau saudara jadi pemandu teksi dan owner sykt bas. Nak kekal harga lama? Sedangkan minyak naik. Subsidi bagi tapi limit. Tidak buat kajian terperinci terlebih dahulu.

Berikutan semua naik, tarif letrik pula nak dinaikkan. Maka bertambah susahlah rakyat Malaysia sekarang ini. Seolah-olah setiap rakyat Malaysia menanggung semua kos projek-projek Koridor oleh BN yg melibatkan ratusan bilion ringgit sekarang.

Aduhai Malaysia ku....makin lama makin tersepit.
Makin canggih makin merana.
Makin kaya makin berdosa.

No comments: